Kereta api laju pertama menlintasi terowong Gotthard Base dirai dengan percikan bunga api |
Sebuah terowong kereta api terpanjang di dunia yang merentasi pergunungan Alps di Switzerland akhirnya siap dibina selepas 17 tahun projek itu bermula.
Projek yang bernilai £8.5 bilion (RM60 bilion) yang merangkumi terowong bawah tanah sepanjang 56.32 kilometer itu siap mengikut jadual.
Apabila dibuka nanti, kereta api berkelajuan tinggi yang membawa penumpang dan kargo hanya mengambil masa 17 minit untuk merentasi pergunungan yang memisahkan bahagian utara dan selatan Eropah - antara Erstfeld ke Bodio, Switzerland.
Ketika kereta api pertama melalui terowong itu pada 1 Jun lalu, pakar menggambarkan projek itu sebagai ‘karya agung masa, kos dan polisi’.
Kira-kira 260 kereta api barang dan 65 kereta api penumpang akan mengembara melalui terowong dua tiub itu pada setiap hari selepas ujian terakhir tamat pada hujung tahun ini.
Barangan yang diangkut oleh sejuta lori setahun di laluan sama kini bakal digantikan dengan kereta api.
Bagi meraikan hari bersejarah itu, Switzerland membuat majlis perasmian yang meriah dan menjemput semua pemimpin dari negara jirannya.
Terowong yang dikenali sebagai Gotthard Base itu terletak di laluan kereta api utama Eropah menghubungkan pelabuhan Rotterdam, Belanda ke Genoa, Itali.
Landasan berkenaan melintasi kawasan pergunungan dengan 2.4 kilometer laluan di bawah terik matahari dan melintasi batu panas mencecah 46 Celsius.
Di sini, laluan kereta api akan melepasi beberapa siri laluan berlingkar dan terowong.
Dengan pembukaan jalan baru yang rata ini, kereta api yang berat hanya memerlukan satu lokomotif sahaja berbanding dua atau tiga sebelum ini untuk melalui kawasan pergunungan.
Untuk membina terowong ini, jurutera terpaksa menebuk dan meletupkan 73 jenis batu dari sekeras seperti granit dan selembut seperti gula.
Projek ini turut meragut sembilan nyawa pekerja.
Pelan kasar terowong yang melintasi Laluan Gotthard ini kali pertama dilukis oleh jurutera Switzerland, Carl Eduard Gruner pada 1947.
Bagaimanapun, kelewatan birokrasi, kebimbangan mengenai kos dan pelbagai halangan menyebabkan pembinaan projek ini tertangguh hingga 1999.
Apabila beroperasi sepenuhnya pada Disember ini, tempoh perjalanan dari Zurich, Switzerland ke Milan, Itali hanya mengambil masa dua jam, 40 minit, kurang sejam berbanding ketika ini.
Laluan baru ini juga bakal menjadikan kereta pengangkut lebih efisien kerana mampu membawa kargo lebih berat sekali gus mengurangkan jumlah lori di jalan raya.
Pengurangan jumlah lori berenjin diesel ini mampu mengurangkan kesesakan jalan raya dan masalah pencemaran udara.
Sumber: myMetro
Projek yang bernilai £8.5 bilion (RM60 bilion) yang merangkumi terowong bawah tanah sepanjang 56.32 kilometer itu siap mengikut jadual.
Apabila dibuka nanti, kereta api berkelajuan tinggi yang membawa penumpang dan kargo hanya mengambil masa 17 minit untuk merentasi pergunungan yang memisahkan bahagian utara dan selatan Eropah - antara Erstfeld ke Bodio, Switzerland.
Ketika kereta api pertama melalui terowong itu pada 1 Jun lalu, pakar menggambarkan projek itu sebagai ‘karya agung masa, kos dan polisi’.
Gerudi "Gabi" pecahkan batu di seksyen terakhir terowong |
Barangan yang diangkut oleh sejuta lori setahun di laluan sama kini bakal digantikan dengan kereta api.
Bagi meraikan hari bersejarah itu, Switzerland membuat majlis perasmian yang meriah dan menjemput semua pemimpin dari negara jirannya.
Terowong yang dikenali sebagai Gotthard Base itu terletak di laluan kereta api utama Eropah menghubungkan pelabuhan Rotterdam, Belanda ke Genoa, Itali.
Landasan berkenaan melintasi kawasan pergunungan dengan 2.4 kilometer laluan di bawah terik matahari dan melintasi batu panas mencecah 46 Celsius.
Di sini, laluan kereta api akan melepasi beberapa siri laluan berlingkar dan terowong.
Dengan pembukaan jalan baru yang rata ini, kereta api yang berat hanya memerlukan satu lokomotif sahaja berbanding dua atau tiga sebelum ini untuk melalui kawasan pergunungan.
Untuk membina terowong ini, jurutera terpaksa menebuk dan meletupkan 73 jenis batu dari sekeras seperti granit dan selembut seperti gula.
Projek ini turut meragut sembilan nyawa pekerja.
Proses membina banyak gunakan jentera dan letupan |