Lim Guan Eng |
GEORGE TOWN - Mesyuarat Exco kerajaan negeri memutuskan Lim Guan Eng tidak perlu meletakkan jawatan atau mengambil cuti daripada tanggungjawab sebagai ketua menteri sementara menunggu kes perbicaraan rasuahnya selesai, kata Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Katanya beliau mencadangkan perkara itu dalam mesyuarat itu dan disokong Timbalan Ketua Menteri II Prof Dr P.Ramasamy.
"Kami mempunyai kepercayaan yang penuh terhadap kepimpinan Yang Amat Berhormat (YAB) ketua menteri untuk memimpin exco dan kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.
Ramasamy yang turut hadir dalam sidang akhbar itu berkata kesemua exco sebulat suara menyokong keputusan itu dan memberi kepercayaan kepada Lim untuk terus mentadbir Pulau Pinang.
Pada Khamis lepas, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, di sini terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan tarikh sama.
Pada Rabu, Lim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden. -Bernama