Hanie Soraya |
PELANTUN lagu Rasa Sayang, Hanie Soraya akui dia lebih menghargai keamanan yang dinikmati di Malaysia sejak dia melanjutkan pelajarannya di Mesir.
Menurut Hanie, 22, pengalamannya berada di Mesir banyak membuka matanya tentang toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain seperti di Malaysia bagi mengekalkan keamanan.
“Saya mula memahami erti kebebasan dan erti keuntungan berada di negara yang aman seperti Malaysia sejak saya melanjutkan pelajaran di luar negara.
“Contohnya Mesir, kadangkala akan berlaku beberapa masalah sehingga mencetuskan huru-hara dan itu membuatkan saya lebih menghargai Malaysia.
“Tetapi, saya bersyukur kerana tempat saya belajar terletak agak jauh dari kawasan yang berhadapan dengan masalah dan konflik,” katanya kepada mStar Online.
Tambahnya, nilai patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia sebenarnya masih tinggi dan itu juga merupakan salah satu kunci perpaduan dan kemanan yang dinikmati di Malaysia kekal sehingga hari ini.
Hanie merupakan pelajar jurusan perubatan dan sedang menuntut di Universiti Mansourah, Mesir. – Kedahnews.com