Keluarga Mohamad Fauzi bergambar bersama Subki Sulaiman (tengah) dan ahli ARC. |
SIK - Desakan hidup memaksa sebuah keluarga tinggal di pondok di Kampung Seputih, di sini sejak empat tahun lalu.
Mohamad Fauzi Md Akhir, 35, berkata, hanya pondok itu yang mampu dibinanya bagi memberi keselesaan kepada isterinya, Siti Suhaili Ahmad, 27, dan dua anak berusia lapan bulan dan 5 tahun.
Menurutnya, dia pernah berusaha untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa, namun pendapatan yang tidak seberapa dengan hanya menoreh getah menghalang hasratnya itu.
"Saya dan isteri ambil upah menoreh getah dan pendapatan memang tak menentu.
"Kalau ikutkan hati kami nak tinggal di rumah lebih selesa tapi hanya pondok ini saya mampu miliki," katanya, semalam.
Mohamad Fauzi berkata, mereka hanya bergantung pada sumber air bukit yang diambil sejauh 500 meter dari tempat tinggalnya manakala bekalan elektrik pula diperoleh dari bateri kereta.
"Lampu rumah kami bergantung pada bateri kereta dan ia perlu dicaj seminggu sekali di kedai dengan bayaran RM4.
"Adakalanya kami terpaksa pakai lilin pada waktu malam," katanya.
Katanya, selama menetap di pondok itu, anak-anaknya pernah diancam oleh kehadiran haiwan berbisa.
"Ular dan lipan dah banyak kali datang pondok kami. Alhamdulillah setakat ini anak dan isteri masih lagi terselamat.
"Tapi saya lebih bimbangkan keselamatan keluarga jika menjadi sasaran penjenayah," katanya.
Kesusahan hidup keluarga Mohamad Fauzi mendapat perhatian Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik dan Alternative Rider Club (ARC) iaitu lajnah di bawah Dewan Pemuda Pas yang datang melawat keluarga itu.
Pengerusi ARC, Muhamad Tarmizi Mohamad, 25, berkata, pihaknya bertindak memviralkan nasib keluarga itu di laman sosial Facebook selepas melakukan lawatan pada Ramadan baru-baru ini.
"Keluarga ini kami temui ketika ARC sedang mengadakan program jejak fakir.
"Kami dapati pondok yang didiami keluarga Mohamad Fauzi tidak mempunyai kemudahan air, elektrik, dapur dan bilik," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kawasan Sik, Subki Sulaiman berkata, fokus utama pihaknya adalah untuk membina rumah baharu bagi keluarga berkenaan.
“Anggaran kos diperlukan berjumlah RM50,000. Kita akan cari penyumbang dari badan bukan kerajaan (NGO) atau individu untuk bina rumah baru untuk mereka.
“Kita juga berharap pihak-pihak yang ingin membantu dapat menghubungi kita secepat mungkin memandangkan keadaan tempat tinggal mereka yang semakin usang. Di Sik banyak lagi rumah yang daif, kita akan jejaki dan kesan dari informasi melalui ARC,” katanya.
Untuk bantuan boleh salurkan di bank Islam di nombor akaun 02084010022679 atas nama Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik atau hubungi Subki Sulaiman di talian 013-4661520 atau keluarga berkenaan di talian 019-5225116.
Sumber: Sinar Harian