Hashtag #BeStrongPM Trending Di Twitter


LAMAN mikro Twitter sehingga kini masih trending dengan hashtag #BeStrongPM sejak kelmarin demi menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kemelut dialami beliau.

Memetik portal Astro Awani, penggunaan hashtag itu diwujudkan susulan kenyataan Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Loretta Lynch yang mendakwa terdapat beberapa individu menyalahgunakan dana syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ianya mula trending di laman itu sejak tengah hari, namun tidak dapat dipastikan pihak manakah yang memulakannya.

Bagaimanapun, rata-rata majoriti yang menggunakan hashtag tersebut turut menyelitkan mesej ringkas dan kata-kata semangat sebagai tanda sokongan kepada Perdana Menteri.

Antara mesej-mesej yang dimuat naik pengguna dengan hashtag berkenaan ialah;

Meskipun tidak dapat menzahirkan sokongan secara langsung dengan Perdana Menteri, pelayar media sosial, menggunakan kecanggihan teknologi yang ada untuk menyampaikan hasrat dan sokongan mereka terhadap kepimpinan Najib.

Tradisinya majoriti rakyat Malaysia akan memberikan sokongan dan solidariti mereka terhadap kepimpinan negara apabila "diserang" media antarabangsa atau negara barat. – Kedahnews.com