Hormati Agama, Budaya Malaysia: Selena Gomez Korban Seksi

Konsert Selena Gomez di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.
PENYANYI terkenal Selena Gomez tampil berpakaian sopan dengan menggayakan baju lengan panjang dan berseluar panjang warna hitam dalam menjayakan konsert jelajah Asia Revival World Tour yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Menerusi twit di Selena Gomez News, adminnya menulis; “Pakaian baharu bagi menghormati budaya dan agama di Malaysia.”


Sebelum ini kedatangan Selena ke Malaysia dikritik hebat segelintir pihak yang mendakwa imej seksi penyanyi berusia 24 tahun itu tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat Malaysia.

PAS Selangor turut menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, supaya tidak membenarkan konsert berkenaan berlangsung.


Antara seleksi lagu yang dipersembahkan bekas kekasih Justin Bieber pada konsert malam semalam ialah Good For You, Love You Like A Love Song, Who Says dan Hands To Myself. –Kedahnews.com