Ibrahimovic Beri Amaran Pada Musuh Man U Dari Tepi Pantai


BINTANG baru Manchester United, Zlatan Ibrahimovic telah menghantar satu amaran kepada pemain pertahanan dalam Liga Perdana Inggeris menjelang musim baharu, pada bulan depan.

Caranya cukup unik dengan menyiarkan video yang menunjukkan kemahiran dirnya ketika beraksi di Pantai Venice, Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Pemain berusia 34 tahun itu cuba mengingatkan peminat bahawa dia masih memiliki ketangkasan, fleksibiliti dan teknik untuk menarik perhatian di England, dengan melakukan sepakan gunting di atas pasir.

Zlatan menimbang bola beberapa kali sebelum melambungkannya ke udara dan kemudian menendang dengan gaya akrobatik volley.

A video posted by Zlatan Ibrahimovic (@zlatanmagic) on

Zlatan memuat naik video tersebut ke laman sosial dengan kapsyen: “Membuatkan bola sepak nampak mudah di Pantai Venice #swedenvsfrance.”

Bintang baharu Manchester United itu sedang bercuti di Los Angeles bersama isteri yang juga model Sweden, Helena Seger, serta dua anak mereka. –Kedahnews.com