Ibrahimovic Umum Sertai Kelab Manchester United


PENYERANG prolifik Sweden, Zlatan Ibrahimovic mengesahkan beliau akan menyertai pasukan Manchester United.

Pengumuman itu disahkan sendiri oleh beliau menerusi akaun instagram rasminya, IAmZlatan.

“Tiba masanya untuk satu dunia mengetahui, destinasi saya yang seterusnya adalah @machesterunited,” tulisnya.

Ini menjadikan penyerang berusia 34 tahun itu akan kembali beraksi di bawah kendalian jurulatih terbaru Manchester United, Jose Mourinho yang pernah menjadi pengurus kelab lamanya di Inter Milan pada 2008.

Beliau akan meninggalkan kelab Paris Saint-Germain (PSG) dan sebelum mengumumkan perkara ini, pemain yang terkenal dengan sepakan bicycle kick itu dikatakan sudah membeli rumah di Manchester, England sebagaimana yang dilaporkan sebuah portal hartanah di UK.

Ibrahimovic sememang­nya berada dalam ‘radar’ Manchester United untuk sekian lama dan bekas pemain Barcelona itu turut memberitahu bahawa dia meminati kapten Uni­ted, Wayne Rooney apabila pada tahun lalu dia berkata: “Dia (Rooney) banyak berlari dan berjuang malah dia juga banyak berkorban.

Penyerang sensasi Sweden itu dijangka menandatangani kontrak dengan Manchester United selepas Euro 2016. –Kedahnews.com