BAGI pelawak dan pengacara Nabil Ahmad, kemeriahan sambutan hari raya tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelum ini berana kesihatan ibunya yang tidak begitu baik.
Menurut Nabil, beberapa bulan lalu ibunya telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan terpaksa menjalani rawatan dialisis setiap tiga kali seminggu.
"Tahun ini kami sambut hari raya bersederhana sahaja memandangkan kesihatan ibu saya pun tidak berapa baik. Kami akan menumpukan perhatian kepada keperluannya," katanya, memetik mStar.
Nabil juga memberitahu sebelum ini ibunya merupakan orang yang paling sibuk menyediakan juadah untuk mereka di hari raya, tetapi pada tahun ini keadaan sudah berbeza sejak ibunya disahkan sakit dan tidak sihat seperti dahulu.
“Kami akan memastikan dia menjalani dialisis pada waktu yang ditetapkan dan tahun ini kami adik-beradik yang akan berada di dapur menyiapkan juadah.
“Ini sebagai menggantikan rutin ibu kami kerana sebelum ini ibu kami yang paling sibuk di dapur,” katanya. - Kedahnews.com