Fazrul mencuci luka di kaki kanan ibunya akibat kencing manis |
KULIM - Hanya sebuah bilik kecil tanpa kelengkapan lain menjadi tempat berteduh dua beranak di Kampung Padang Cina, di sini.
Lebih memilukan, ibu tunggal, Arfa@Esah Idris, 64, yang juga orang kurang upaya (OKU) kini menderita penyakit kencing manis.
Anaknya, Fazrul Azman, 28, berkata, ibunya semakin uzur apabila penyakit kencing manis dihidapinya mula merebak sejak dua bulan lalu.
"Sebelum ini mak memang ada kencing manis sejak lahir. Empat tahun lalu kaki kiri mak dah dipotong untuk elak penyakit itu terus merebak.
"Dua tahun kemudian, mata mak pula buta. Tak habis dengan bebanan itu, dua bulan lalu kaki kanan mak pula luka dan mula bernanah," katanya.
Menurutnya, disebabkan tiada wang yang mencukupi untuk membayar sewa rumah, mereka dua beranak juga sering berpindah randah dan kini terpaksa tinggal menyewa di bilik kecil ini.
"Sebelum ini saya boleh kerja sebab mak masih boleh bergerak sendiri walaupun terpaksa mengesot ke bilik air. Jadi saya pernah sewa di rumah yang selesa sedikit.
"Tapi sejak sakit mak makin memburuk, saya tak mampu lagi nak bayar sewa dan terpaksa cari bilik kecil dengan sewa murah. Alhamdulillah juga tuan bilik sewa ini tak begitu menekan untuk kami bayar sewa," katanya.
Fazrul berkata dia juga kini terpaksa menjaga ibunya 24 jam sehari kerana masalah kesihatan yang dialami ibunya
“Sekarang memang saya sudah tak ada sumber pendapatan langsung. Nak tinggal mak seorang diri takut jadi apa-apa pula. Sekarang mandi, bersih luka dan najis mak semua saya buat.
“Kami hanya bergantung kepada wang Socso arwah ayah sebanyak RM350 sebulan untuk beli ubat mak dan makanan,” katanya.
Katanya, mereka juga pernah terputus bekalan makanan kerana duit habis digunakan untuk perbelanjaan ibunya dan dia terpaksa mengayuh basikal sejauh 10 kilometer untuk meminta simpati saudara lain.
“Motosikal saya pun dah rosak, kalau tak ada duit dan makanan habis saya terpaksa pinjam basikal daripada pekerja asing untuk ke rumah saudara di Sungai Seluang meminjam beras, walaupun malu tapi terpaksa.
“Bukan saya tak mahu kerja dan malas bekerja, tapi keadaan mak saya ini membuatkan saya terpaksa reda dan merempat, saya tak kisah apa orang nak cakap, saya yang menanggung masalah ini,” katanya.
Tambahnya, ibunya hanya diberi makan bijirin oat dan susu sehari sekali manakala dirinya pula hanya menjadikan mi segera sebagai sumber tenaga setiap hari.
“Dalam bilik ini dapur tak ada. Kalau nak masak kena guna periuk nasi sahaja. Kadang ada duit lebih baru pergi kedai bungkus nasi,” katanya.
Katanya, dia hanya mahu sumbangan orang ramai untuk membantu kos rawatan agar ibunya cepat sembuh.
“Dengan keadaan ini, saya hanya mampu beli ubat di kedai farmasi dengan harga RM80 yang tahan seminggu sahaja. Saya hanya mampu mencuci luka ibu sendiri, nak bawa pergi klinik tak ada kenderaan dan tak mahu susahkan orang lain.
“Saya berpindah ke sini juga tak ada penduduk kampung tahu kerana saya tak susahkan orang lain, biarlah saya sahaja yang tanggung kesusahan ini,” katanya.
Sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 152031359153 atas nama Erfah@Esah Idris.
Sumber: Sinar Harian