Mohd Azman sedang menjalankan rawatan refleksologi kepada pelanggan. |
BALING - Seorang lelaki cacat penglihatan dari Kampung Bawah Gunung, di sini berharap impiannya untuk menjalankan perniagaan rawatan refleksologi di rumah Projek Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) menjadi kenyataan.
Mohd Azman Rejab, 39, berkata, tempat lebih strategik dan selesa amat diperlukan memandangkan perniagaan itu hanya dijalankan di rumah sewa yang keadaannya kurang sesuai dan selesa kepada pelanggan.
Menurutnya, selain rawatan dibuat di ruang tamu yang sempit, pelanggan juga terpaksa meletakkan kereta jauh dari rumahnya kerana tiada ruang parkir dapat disediakan.
“Halaman rumah yang sempit menyebabkan pelanggan terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan yang agak jauh dan kurang selamat, masalah ini pernah disuarakan oleh pelanggan.
“Kebanyakan mereka terpaksa meletakkan kenderaan di bahu jalan raya. Ini memberi risiko keselamatan kepada kenderaan yang ditinggalkan, sebelum ini pernah berlaku kes di mana kenderaan pelanggan tercalar akibat terkena kenderaan lain,” katanya di sini, semalam.
Mohd Azman yang menjalankan perniagaan sejak 2005 mengakui masalah itu memberi kesan kepada kehadiran pelanggan sehingga menjejaskan pendapatannya.
“Kehadiran pelanggan tidak konsisten sebab masalah itu, pendapatan saya yang bergantung kepada perniagaan ini terjejas, rumah saya duduki ini juga perlu dibayar sewa RM200 setiap bulan.
“Selain itu saya juga perlu menanggung tiga anak masih belajar, dua masih di sekolah dan seorang bakal ke Institut Kemahiran Mara (IKM) Julai depan,” katanya.
Katanya, hasratnya untuk menjalankan rawatan refleksologi di rumah PPRT pernah disuarakan kepada pihak berwajib, namun tiada reaksi positif diterima.
Bagaimanapun dia berharap perkara itu dapat diberikan perhatian oleh pihak berwajib suatu hari nanti.
Sementara itu, setiausaha Pertubuhan Kebajikan Penduduk Baling (Perkeba), Mohd Nazry Md Bidin berkata, pihaknya akan membawa masalah ini kepada pihak berwajib untuk tindakan selanjutnya.
“Hasil semakan keluarga menerima elaun pekerja cacat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan, namun Perkeba berharap impian Mohd Azman untuk memiliki tempat perniagaan lebih selesa dapat ditunaikan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian