SULAN kes pelajar perempuan, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, yang terlantar di hospital kerana didakwa ditampar seorang guru wanita, individu dikenali sebagai Md Sukhairi Osman tampil mendedahkan cerita di sebaliknya.
Menurut Sukhairi, punca guru berkenaan menampar pelajar perempuan itu disebabkan oleh masalah disiplin.
Pelajar tersebut dikatakan memakai baju serta tudung yang pendek, mencukur kening dan bersikap kurang ajar sewaktu guru melakukan pemeriksaan ketika sesi perhimpunan sekolah pada Selasa.
“Assalamualaikum. Semalam, gempar cerita cikgu tampar budak di Batu Gajah. Ramai yang memberikan komen menyalahkan guru semata-mata. Jadi, saya mendiamkan diri saja dan membaca komen-komen yang diberikan.
“Sebenarnya, cerita ini bermula pada hari Selasa lagi. Pelajar tersebut memakai baju yang dikecilkan mengikut body, tudung kecil, dan alis mata diukir.
“Cikgu Huslin yang membuat spot check pada masa itu, menahannya dan mengarahkan baju ditetas/dibuka jahitan dan membebel serta kata-kata kesat keluar dari mulutnya. Cikgu Huslin naik marah dan beri penampar yang taklah kuat sangat.
“Hari Rabu, dia tidak hadir ke sekolah. Hari Khamis, pelajar itu datang kembali ke sekolah dan berjumpa dengan Pengetua. Maka dia banyak menjawab dengan Pengetua, tidak seperti budak-budak lain.
Tambahnya, gambar yang tersebar di media sosial menurut Sukhairi merupakan gambar lama pelajar berkenaan ketika mendapat rawatan di sebuah hospital akibat daripada terjatuh di bilik air.
“Gambar yang diviralkan itu adalah gambar lama pelajar ini dimasukkan ke wad kerana terjatuh di bilik air di rumahnya dan mendapatkan rawatan doktor.
“Kenyataan mendakwa pelajar itu koma ditampar oleh ustazah Huslin itu adalah tidak benar. Ibu bapanya viralkan kerana tidak berpuas hati dengan Cikgu Huslin dan Pengetua tentang permasalahan disiplin anaknya. Itu ceritanya, tolong forward cerita sebenar,” katanya.
Bagaimanapun, ibu kepada pelajar terbabit, Zakirah Zahari, 35, memberitahu anaknya itu ketika dijemput pulang dari sekolah sudah pun mengadu sakit pada bahagian lehernya, pada hari kejadian.
“Saya menyedari anak seperti menahan kesakitan ketika mengambilnya untuk pulang ke rumah selepas tamat sesi persekolahan sebelum dia menceritakan apa yang berlaku sambil menangis.
“Pada hari yang sama, anak saya mula muntah-muntah dan keesokan harinya, anak mengalami kesakitan di lehernya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Zakirah turut mengatakan kecederaan Nursyahida mungkin disebabkan masalah saraf yang berpunca daripada kecederaan lama. –Kedahnews.com