Dua lelaki gagah bertarung dengan debu berterbangan ketika perlawanan gusti tradisional Afrika.
Tubuh mereka yang sasa hasil pemakanan sihat terutama daging kambing dan latihan sepanjang tahun diharapkan dapat membawa kemenangan dalam Kejohanan Gusti Kebangsaan di Tougan.
Pertarungan itu dihadiri penduduk dari seluruh Burkina Faso yang sanggup membuat perjalanan berjam-jam semata-mata mahu menyaksikan kehebatan ‘pahlawan’ yang melambangkan budaya dan warisan mereka.
Presiden Persekutuan Gusti negara itu, Pierre Badiel, 52, yang juga bekas penggusti berkata, sehingga 3,000 orang menghadiri perlawanan setiap kali.
“Ini satu-satunya sukan tradisional kami yang tidak diimport seperti bola sepak atau karate.
“Ketika saya kecil, penggusti dipandang hebat, merekalah wira kami. Gusti juga digunakan untuk menyelesaikan konflik, ini memang warisan kami,” katanya.
Menurutnya, pemenang dilihat meningkatkan martabat keluarga serta kampung mereka.
Katanya, gusti juga dianjurkan untuk menyambut musim menuai dengan pemenangnya diarak seluruh kampung selain diabadikan dalam lagu yang disampaikan panglipur lara dari kampung ke kampung.
Katanya, disebabkan itu tidak kurang yang bergantung pada sihir untuk memastikan kemenangan.
Penggusti, Idrissa mengaku menggunakan khidmat bomoh sehingga sanggup menunggang motosikal sejauh 20 kilometer sebelum perlawanannya.
“Saya memang daripada keturunan penggusti. Disebabkan itu kami mempunyai kuasa khas yang mengalir dalam darah kami sehingga turut mampu mengubat orang termasuk wanita mandul,” katanya.
Malangnya walaupun menggunakan tangkal diberikan bomoh, Idrissa kalah dalam perlawanannya dan berazam tidak akan mendapatkan khidmat bomoh sama lagi selepas ini.
Sementara itu, ayahnya Adama Zon berkata, keadaan kini berbeza apabila penggusti mendapat habuan dalam bentuk wang tunai sehingga 60,000 franc CFA (RM410) - cukup tinggi untuk negara miskin itu.
“Hari ini mereka memenangi motosikal dan wang. Pada zaman saya kami memenangi ramai wanita.
“Mereka datang ke khemah kami pada waktu malam dan meninggalkan jubah sebagai tanda kami menjadi pilihan mereka,” katanya. -Agensi