Akin Ozturk |
ANKARA – Bekas komander tentera udara Turki, Akin Ozturk, dikenal pasti mengetuai cubaan rampasan kuasa tentera di negara itu, lapor agensi berita DHA.
Menurut DHA, Ozturk menjadi komander tentera udara sejak 2013 hingga 2015. Sejak Ogos 2015, beliau menjadi anggota Majlis Agung Tentera Turki.
Dilaporkan, selama setahun, Ozturk disyaki cuba mengatur rampasan kuasa. Menurut media, majlis tentera mengaitkan kemungkinan beliau mempunyai hubungan dengan tokoh agama yang dituduh mendalangi cubaan itu, Fethullah Gulen.
Lewat semalam, pihak berkuasa Turki berkata berlaku cubaan rampasan kuasa di negara itu. Presiden Recep Tayyip Erdogan menggesa rakyat negara itu turun ke jalanan dan menyatakan cubaan itu dilakukan sekumpulan kecil anggota tentera.
Ia dilaporkan berjaya digagalkan dengan Perdana Menteri, Binali Yildirim menyatakan semua penyokong rampasan kuasa itu ditahan dan negara itu kembali normal.
Katanya, lebih 180 terbunuh dan 1,470 cedera dalam kejadian itu manakala hampir 3,000 lagi ditahan. – Agensi