Insiden Lahad Datu: 13 Daripada 14 Tertuduh Didapati Bersalah


KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada Isnin mendapati 13 daripada 14 tertuduh, yang telah memberi keterangan membela diri masing-masing dalam kes pencerobohan Lahad Datu, bersalah.

Sembilan daripada mereka termasuk Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 53, anak  kepada lelaki yang mendakwa dirinya Sultan Esmail Kiram, didapati bersalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan denda.

Lapan yang lain ialah warganegara Filipina Atik Hussin Abu Bakar, 45, Basad H. Manuel, 41, Ismail Yasin, 76, Virgilio Nemar Patulada alias Mohammad Alam Patulada, 52, Salib Akhmad Emali, 63, Al Wazir Osman, 61, Tani Lahaddahi, 63, dan Julham Rashid, 69.

Hakim Stephen Chung dijangka menjatuhkan hukuman terhadap kesemua 13 tertuduh itu selepas mereka membuat rayuan terhadap hukuman masing-masing Selasa.

Beliau juga akan menjatuhkan hukuman terhadap beberapa individu yang telah mengaku bersalah pada Februari tahun ini.

Sumber: mStar