SOALAN: Terdapat dakwaan bahawa pernikahan pasangan bukan sekufu adalah tidak sah. Contohnya, golongan syarifah tidak boleh bernikah melainkan dengan golongan syed sahaja. Jika tidak, mereka akan masuk neraka. Adakah dakwaan ini benar?
JAWAPAN:
SEKUFU bermaksud setaraf iaitu dalam pelbagai aspek. Contohnya pendidikan, gaya hidup dan sebagainya. Dalam kitab fikah, dinyatakan beberapa perkara yang patut diambil kira dalam aspek ini. Antaranya sejahtera daripada aib, nasab keturunan, keelokan beragama dan pekerjaan. Ia satu perkara yang agak penting dalam perkahwinan. Namun sekufu bukanlah syarat sah pernikahan.
Sekufu dalam aspek keturunan juga adalah baik. Sebagai contoh, nas al-Quran menetapkan bahawa lelaki yang berzina tidak layak bernikah melainkan dengan wanita yang berzina. Berzina adalah perbuatan keji dan lelaki penzina tidak setaraf dengan wanita yang memelihara kesucian diri. Jika pernikahan ini berlaku juga, rumah tangga biasanya tidak aman kerana akhlak keji yang ada pada pasangan.
Namun begitu, dakwaan bahawa seseorang wanita bergelar syarifah akan masuk neraka jika bernikah dengan lelaki bukan syed, saya tidak menemukan riwayat hadis sekadar pembacaan dan pengajian saya. Pada kefahaman saya, dakwaan ini adalah tidak benar. Ini kerana balasan syurga neraka berdasarkan iman dan amal soleh.
Maka kita sewajarnya mencari pasangan yang sesuai dan secocok dalam pembinaan rumah tangga. Sekufu adalah satu asas penting dalam pembinaan ini. Namun untuk menghukum masuk neraka kerana pernikahan tidak sekufu, maka perkara ini tidak dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran.
Sumber: Utusan