BERTEPATAN dengan fitrah manusia yang sukakan hiburan, Islam tidak pernah menghalang umatnya untuk bergembira dan berhibur termasuk pada Aidilfitri.
Imam Masjid Green Lane, England, Syeikh Dr. Ahsan Hanif bagaimanapun ketika menyampaikan ceramah umum di masjid tersebut mengingatkan umat Islam supaya tidak keterlaluan semasa menyambut hari kebesaran agama Islam itu sehingga melakukan pelbagai perkara yang bertentangan dengan syariat.
Beliau yang juga Ketua Jabatan al-Quran dan Hadis, Institut al-Maghrib, Amerika Syarikat berkata, sebaliknya umat Islam perlu mengambil iktibar sepanjang menempuhi Ramadan dengan menganggap sebagai permulaan kepada amal ibadah.
“Pada Ramadan, kita bertungkus lumus beribadah, membaca al-Quran, bersedekah dan sebagainya, walaupun Ramadan telah pergi, kita perlu mengekalkan segala amalan tersebut biarpun tidak sebanyak pada bulan tersebut.
“Setelah memohon keampunan daripada Allah SWT, jangan pula dijadikan hari raya sebagai bulan untuk mengumpul dosa dengan perbuatan maksiat dan dilarang oleh Allah. Islam membenarkan kita berhibur, dan mendengar muzik tetapi tidak keterlaluan,” katanya.
Dilahirkan di United Kingdom, Ahsan turut dikenali sebagai qari muda apabila menghafal seluruh al-Quran pada usia 13 tahun. Mendapat tawaran biasiswa melanjutkan pengajian ke Universiti Madinah, Arab Saudi pada tahun 2000 dalam jurusan Bahasa Arab, Ahsan mencapai pendidikan tertinggi di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Undang-Undang Syariah di Universiti Birmingham, United Kingdom.
Tegas Ahsan, sepatutnya segala amalan yang dilakukan pada Ramadan tidak terhenti setakat bulan tersebut sahaja dan ia perlu dikekalkan mengikut kemampuan masing-masing.
“Walau sebesar mana dosa kita, sedalam mana maksiat yang kita lakukan, sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun. Allah juga tahu, menjadi fitrah manusia yang sentiasa melakukan dosa dan mengulangi kesalahan pada bila-bila masa.
“Justeru Dia mengurniakan kepada kita Ramadan. Bulan untuk kita bertaubat dan memperbanyakkan amal ibadah kepadaNya kerana pada bulan yang mulia itu Allah akan membuka seluas-luasnya pintu keampunan dan memperkenankan segala doa hambaNya.
KEKALKAN HUBUNGAN
Semangat yang diperoleh pada Ramadan juga tambahnya, perlu dijadikan azam baharu dalam beribadah di samping mengeratkan lagi hubungan dengan Allah SWT dan juga sesama manusia.
“Bukan sahaja pada bulan Ramadan, sebaliknya usaha ini perlu dikuatkan lagi pada bulan-bulan lain kerana kita tidak tahu adakah masih berpeluang untuk bertemu dengan Ramadan tahun depan atau yang seterusnya,” jelasnya.
Dalam pada itu beliau berkata, umat Islam juga perlu menunjukkan imej yang positif kepada masyarakat dunia dengan berakhlak mulia dalam usaha membuktikan keindahan agama yang diredai Allah itu.
“Islam menyeru kita melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jika ini dapat dipatuhi akan menunjukkan kecantikan Islam itu sendiri dan menggalakkan lebih ramai masyarakat lain tertarik dengan ajaran Islam,” katanya.
Sumber: Utusan