BINTANG Bollywood, Aamir Khan, 51, mengakui tidak berasa sepi walaupun terpaksa beraya tanpa kehadiran isterinya, Kiran Rao, 42, di sisi.
Mengikut laporan tempatan, Kiran membuat keputusan untuk tidak menyambut Aidilfitri bersama Aamir Khan dan memilih untuk bercuti bersama anak mereka, Azad Rao di sebuah destinasi yang dirahsiakan.
Walau bagaimanapun, menurut Aamir, dia meraikan sambutan Aidilfitri bersama dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya, Juniad dan Ira Khan di Mumbai serta ditemi oleh ibu dan sepupunya.
Tambahnya, dia juga tidak terkilan dengan tindakan Kiran yang mahu bercuti ketika musim perayaan kerana mereka berbeza fahaman agama.
Sebelum ini Aamir pernah mendirikan rumah tangga bersama Reena Dutta pada tahun 1986 namun bercerai pada tahun 2002 serta dikurniakan dua orang cahaya mata.
Pada tahun 2005, Aamir berkahwin dengan Kiran Rao dah dikurniakan seorang chaya mata lelaki. – Kedahnews.com