Seorang penduduk menunjukkan tanah tebing sungai yang makin terhakis dan menunggu masa untuk jambatan runtuh. |
BANDAR BAHARU - Penduduk terutamanya di tiga kampung, di sini, bergadai nyawa setiap hari selepas jambatan di Kampung Batu 16, di sini, yang menjadi laluan utama mereka terhakis.
Penduduk, Mohd Fadhil Abdullah Amin, 28, berkata, tiga kampung iaitu Kampung Batu 16, Kampung Leret dan Kampung Keda Leret menggunakan jambatan itu untuk melaksanakan aktiviti harian.
Menurutnya, sebelum ini jambatan itu mengalami hakisan akibat paip pecah namun selepas paip dibaiki, hujan pula melanda.
"Akibatnya tanah tebing sungai terus terhakis dan struktur tanah bahagian kepala jambatan makin teruk," katanya.
Katanya, ada sesetengah penduduk masih menggunakan laluan ini apabila menunggang motosikal dan berbasikal walaupun menyedari ia akan runtuh pada bila-bila masa sahaja.
“Mereka terpaksa lalu juga lah, kalau nak cepat keluar ke jalan besar. Jalan alternatif lain agak jauh jadi terpaksa bergadai nyawa lah,” katanya.
Selain itu, Halim Hashim, 53, berkata, aduan telah pun dibuat kepada pemimpin setempat namun tiada sebarang perubahan dilakukan.
“Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah cuba mohon kepada pihak berwajib namun alasan tiada peruntukan.
"Ini keperluan mendesak. Kami perlukan jambatan ini untuk mudahkan urusan harian,” katanya.
Tambahnya, beberapa hari lalu sebuah ambulans yang ingin mengambil pesakit yang tinggal di seberang sungai terpaksa melalui jalan alternatif lain sehingga menyebabkan kemalangan.
“Ada seorang anak penduduk kampung sakit kerana kemalangan, bila telefon ambulans untuk ambil mereka terpaksa guna jalan lain dan kenderaan mereka telah terbabas ke dalam parit, kalau titi di sini elok mereka tak perlu guna jalan lain pun,” katanya.
Katanya, penduduk sanggup bergotong-royong membaiki titi tersebut sekiranya pihak berwajib dapat memberikan peruntukan.
“Kalau mereka tak boleh nak baiki, kita mohon bagi sedikit peruntukan untuk kami beli barang dan gotong-royong baikinya, ”katanya.
Sumber: Sinar Harian