Exco Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob |
ALOR SETAR - Orang ramai dinasihatkan tidak tertipu dengan tawaran lumayan daripada skim pelaburan asas tani yang dianjurkan sebuah syarikat swasta.
Exco Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, mereka sebaliknya perlu mendapatkan nasihat daripada agensi kerajaan berkaitan sebelum menyertainya.
Beliau berkata ini kerana tidak ada perniagaan yang memberi keuntungan segera, lebih-lebih lagi dalam sektor pertanian yang memerlukan masa untuk mendapatkan hasilnya.
"Setakat ini, saya belum dengar ada kes seperti itu di Kedah dan berharap ia tidak berlaku di sini," katanya ketika mengulas mengenai skim pelaburan asas tani yang didedahkan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.
Suraya berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama usahawan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Pejabat Fama negeri, di sini semalam.
Laporan itu menyebut ramai pelabur yang kerugian selepas tertarik dengan skim pelaburan tersebut yang berharga antara RM60 dan RM750 untuk satu lot, dengan jaminan pulangan faedah atau hibah antara 18 dan 30 peratus sebulan.
Janji pulangan faedah oleh syarikat swasta berstatus enterprise itu mendorong lebih 3,000 pelabur yang terpengaruh untuk melakukan pelaburan antara RM60 dan RM120,000 seorang.
Sementara itu, Suraya berkata Fama sedang melakukan perbincangan dengan kerajaan negeri mengenai lokasi strategik untuk membina MyFarm Outlet.
Katanya dua lokasi iaitu di Sungai Petani dan Langkawi dilihat sesuai berdasarkan kepada kepadatan penduduk dalam usaha mengurangkan kos sara hidup mereka dengan penawaran tujuh barangan keperluan harian yang utama.
"Harga barangan di MyFarm Outlet amat menjimatkan kerana hasil ladang dijual terus kepada pengguna tanpa melalui orang tengah. Kerajaan negeri amat mengalu-alukan projek seperti ini untuk membantu rakyat," katanya. - Bernama