Julia Ziegler |
BERKONGSI berita gembira bersama peminat, pelakon berwajah Pan-Asia, Julia Ziegler akhirnya mengumumkan dirinya bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya, Johan, yang merupakan seorang jurutera kimia.
Menurut Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 32, majlis perkahwinannya berkemungkinan bakal berlangsung sekitar bulan Disember depan.
“Alhamdulillah, mungkin Hari Raya ini terakhir sebagai wanita bujang kerana perancangannya pada Disember depan atau paling lewat pun Januari 2017 kami akan melangsungkan perkahwinan.
“Saya mahu perkahwinan yang sederhana dan buat perkara wajib sahaja, walaupun saya selebriti tapi saya tidak mahu majlis yang terlalu besar-besaran,” katanya, memetik mStar.
Bercerita mengenai bakal suaminya itu, pelakon Bibik-Bibikku ini memberitahu, dia berkenalan dengan Johan sejak awal tahun lalu di sebuah restoran di ibu kota.
Katanya, Johan membuatkan dia merasa istemewa hingga berjaya mengubah beberapa perkara dalam hidupnya.
Dalam pada itu, Julia mengakui enggan mendedahkan wajah bakal suaminya itu kerana tidak mahu perkara-perkara tidak diingini seperti yang dilaluinya dahulu berulang kembali. –Kedahnews.com