Dirakam lensa di Lebuhraya PLUS, Alor Setar Selatan menuju Alor Setar Utara baru-baru ini. |
TAPAH - Sebanyak 1,019 saman dikeluarkan ke atas pemandu yang menggunakan lorong kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) bagi Zon Utara setakat 11 hari Op Selamat 9/2016 yang bermula 29 Jun lalu.
Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, ASP Hazil Reza Mohd Ghazali berkata jumlah itu berkurang berbanding 6,000 saman pada tahun 2014 dan 4,000 untuk tempoh sama tahun lalu.
Beliau berkata penurunan jumlah saman disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang tegas selain hebahan di media massa mengenai tindakan mahkamah terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan tersebut.
"Antara lokasi yang paling banyak saman dikeluarkan di sepanjang PLUS ialah di susur keluar Slim River, Tanjung Malim dan Juru," katanya dalam sidang media di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Tapah pada Ahad.
"Bagaimanapun jumlah kenderaan di jalan raya menjadi sesak pada 8 hingga 10 Julai disebabkan orang ramai mula pulang ke ibu kota tanpa mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan.
"Kesesakan jalan raya dijangka berterusan sehingga petang esok (Isnin) kerana ada yang belum pulang ke ibu kota dan lokasi paling teruk adalah di Terowong Menora, Gua Tempurung, Simpang Pulai dan Tapah," katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Subtek (Pusat Operasi) Zon Tengah, Supt Mohd Radi Abd Rahman berkata sehingga semalam sebanyak 11 kes kemalangan maut dengan12 kematian direkodkan.
"Jumlah itu berkurang berbanding Op Selamat 7 tahun lepas iaitu 75 kes kemalangan maut dan 78 kematian direkodkan dalam tempoh 11 hari pelaksanaan operasi.
"Bagaimanapun jumlah kemalangan di Zon Tengah meningkat sebanyak 3030 kesia itu daripada 6,766 semasa Op Selamat 7 kepada 7,069 kes sehingga semalam,"katanya.
Radi berkata Selangor mencatat kes kemalangan paling tinggi berbanding negeri-negeri lain adalah disebabkan ia merupakan laluan pengantara pengguna jalan raya untuk pulang ke kampung di bahagian utara dan selatan.
Beliau berkata lebuh raya merupakan laluan selamat kerana ia hanya menyumbang kemalangan sebanyak 11.1 peratus, kemalangan maut (12.3 peratus) dankematian (11.8 peratus) berbanding jalan persekutuan, jalan negeri serta jalan bandaran.
|
"Analisis awal mendapati antara faktor kemalangan adalah pemanduan tidakcekap, salah membuat pertimbangan, memandu melebihi had laju, suka mencelah dan menghimpit kenderaan lain serta tidak memberi isyarat semasa hendak membelok,katanya.
Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihat agar berhemah danmematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya lain. -Bernama