Keadaan Di Madinah Al-Munawwarah Kembali Tenteram

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR - Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi berkata aktiviti harian di Madinah khususnya di kawasan letupan di luar Masjid Nabawi berjalan seperti biasa.

Seorang jurucakap ketika dihubungi menerusi e-mel berkata, keadaan di kawasan itu terkawal. Katanya, penduduk tempatan tidak panik dan dibenarkan melakukan ibadat.

"Walaupun tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian letupan di perkarangan Masjid Nabawi, mereka perlu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.

"Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah menasihati rakyat Malaysia agar berhati-hati," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pihak berkuasa Arab Saudi sedang meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar tempat tumpuan awam berikutan kejadian itu.

Sumber: BH Online