Shane Edward Smeltz membuka tirai jaringan di Kuala Terengganu, semalam. |
KUALA LUMPUR – Naib juara, Kedah beraksi cemerlang apabila menumpaskan pasukan tuan rumah, T-Team 2-0 dalam aksi kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.
Pemain import dari New Zealand, Shane Edward Smeltz muncul wira skuad Lang Merah apabila menyumbat masuk kedua-dua gol pada minit ketujuh dan ke-15, sekali gus mengecewakan anak buah Rahmad Darmawan.
Kemenangan itu menyaksikan Kedah kekal sebagai pendahulu Kumpulan A dengan kutipan enam mata selepas dua perlawanan, manakala Johor Darul Ta’azim II di tempat kedua dengan dua mata, diikuti Sarawak dan T-Team, masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat selepas berkongsi satu mata, namun dipisahkan dengan perbezaan gol.
Dalam pada itu, juara bertahan Selangor gagal mengutip tiga mata penuh di laman sendiri apabila sekadar seri 3-3 menentang Kelantan di Stadium Shah Alam.
Skuad Gergasi Merah bermula baik apabila membuka jaringan melalui pemain import dari Argentina, Mauro Andrés Olivi pada minit ke-30 dan sembilan minit kemudian menerusi Patrick Ronaldinho.
Namun, kedudukan itu tidak mematahkan semangat pemain Kelantan dan hasilnya pemain import skuad The Red Warriors dari Brazil, Wander Luiz berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan pada minit ke-45.
Sebaik babak kedua bersambung, Ronaldinho sekali lagi bertindak cemerlang apabila menjaringkan gol ketiga Selangor pada minit ke-49, sebelum Wan Zack Haikal Wan Noor dan Abdul Manaf Mamat menafikan kemenangan tuan rumah apabila menyumbat masuk gol, masing-masing pada minit ke-79 dan masa kecederaan.
Selangor dan Kelantan berkongsi empat mata, namun skuad Gergasi Merah berada di persada carta Kumpulan B berdasarkan perbezaan gol.
Dalam aksi Kumpulan D di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Terengganu berjaya membawa pulang tiga mata berharga apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Felda United.
Selepas kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol pada separuh masa pertama, Norshahrul Idlan Talaha muncul wira apabila menjaringkan gol buat Terengganu pada minit ke-49, dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.
Walaupun tewas, Felda United kekal di kedudukan teratas Kumpulan D, selepas terikat tiga mata bersama Melaka United, Terengganu dan Negeri Sembilan. – BERNAMA