Kekasih Dirogol Beramai-Ramai, Pasangan Sama-Sama Minum Racun

Gambar Hiasan
SEORANG remaja di Sri Lanka cuba membunuh diri dengan meminum racun setelah mendapat berita tunangnya menjadi mangsa rogol beramai-ramai.

Menurut akhbar tempatan, tunang lelaki itu dilaporkan turut cuba membunuh diri dengan cara yang sama kerana tidak dapat menanggung keperitan insiden yang menimpa dirinya.

Pasangan itu kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan yang terletak di wilayah timur Sri Lanka, Kantalai.

Sebelum cuba membunuh diri mangsa dikatakan telah menulis sepucuk surat yang mengandungi nama kesemua empat perogolnya yang merupakan penduduk dari daerah yang sama.

Pihak polis berjaya menangkap keempat-empat suspek dan mereka kini ditahan bagi membantu siasatan.

Keluarga pada awalnya menyangka pasangan tersebut merancang untuk bunuh diri bersama-sama tanpa dirancang dan hanya mengetahui perkara sebenar selepas menemui dan membaca surat mangsa, lapor Emirates 247. –Kedahnews.com