Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak |
KUALA LUMPUR – Kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam di seluruh negara mulai Julai ini membuktikan kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan menghargai usaha dan kerja keras para penjawat awam.
Dalam laman Facebook dan Twitter beliau hari ini, Perdana Menteri berharap bantuan itu akan terus membakar semangat semua penjawat awam untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang.
“Meskipun berdepan tohmahan dan pelbagai fitnah, terutamanya berkenaan keadaan kewangan kerajaan dan negara, malah ada yang berkata kita akan jatuh muflis dan sebagainya, kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.
“Insya-Allah, bermula bulan Julai 2016, kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam seluruh negara akan mula dilaksanakan sepertimana yang telah saya umumkan dalam Bajet 2016 yang lalu,” katanya.
Kenaikan satu tangga gaji dan gaji mininum itu diumumkan perdana menteri pada pembentangan Bajet 2016 pada Oktober tahun lepas. – BERNAMA