Ketua Penguatkuasa SPAD Wilayah Utara, Mejar (B) Ahmad Zaidi Shuib |
ALOR SETAR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengenakan larangan kepada kenderaan berat untuk menggunakan jalan raya selama empat hari sempena Aidilfitri pada tahun ini.
Ketua Penguatkuasa SPAD Wilayah Utara, Mejar (B) Ahmad Zaidi Shuib berkata, larangan itu berkuat kuasa pada 2, 3, 9 dan 10 Julai sahaja.
“Lori balak, lori pembancuh simen, lori yang membawa bahan binaan, lori pembawa kenderaan motor melebihi 5,000 kilogram, lori membawa bahan galian, jentera berat beroda dan traktor adalah dilarang berada di jalan raya selama empat hari.
“Penguatkuasaan ini melibatkan juga trak tunda, kecuali bagi maksud tugas melakukan menyelamat atau tugas-tugas kecemasan sahaja,” katanya, semalam.
Bagaimanapun, lori kontena atau kargo yang membawa barang-barang elektronik dan elektrik hanya dibenarkan berada di jalan raya bermula jam 6 pagi hingga 12 malam.
“Untuk kren bergerak pula, ia hanya dibenarkan menggunakan jalan raya dari jam 6 pagi hingga 6 petang saja pada 2,3, 9 dan 10 Julai,” katanya.
Menurutnya, lori gas dan kimia untuk bekalan perubatan dan industri kimia adalah tidak dikenakan sekatan untuk beroperasi pada musim perayaan.
“Tiada sekatan kepada lori kontena atau kargo yang membawa barangan dari pelabuhan atau lapangan terbang ke kawasan industri atau sebaliknya, lori kargo membawa barang keperluan harian seperti makanan dan barang runcit, lori mengangkut sampah dan bahan kumbahan serta kenderaan barangan yang tidak melebihi 5,000 kilogram.
“SPAD juga membenarkan lori kontena atau kargo berulang-alik antara terminal di pelabuhan dalam negeri dan berulang-alik dari pelabuhan ke gudang di sekitar kawasan perindustrian yang berhampiran dengan pelabuhan,” katanya.
Selain itu, lori tanker pengangkut bahan bakar, lori dan jentera berat yang terlibat dalam kerja-kerja kecemasan dan menyelamat serta lori perkhidmatan pos adalah dibenarkan beroperasi di jalan raya seperti biasa tanpa sekatan.
Sumber: Sinar Harian