Adlin Aman Ramlie |
PETALING JAYA - Pelakon Adlin Aman Ramlie, 44, yang dituduh terlibat dengan kes penipuan pelaburan akan memberi penjelasan berhubung kejadian itu Ahad ini (esok).
Adlin dalam satu kiriman mesej kepada pihak media berkata, dia bakal mucul dalam rancangan Melodi di TV3 dan seterusnya akan berjumpa pihak media selepas tamat siaran langsung program itu.
Terdahulu Adlin bersama beberapa orang individu ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan lebuh raya dan dikatakan menjadi dalang skim pelaburan melibatkan nilai jutaan ringgit.
Dalam pada itu Instagram Adlin turut menyaksikan beberapa komen orang ramai yang meluahkan rasa hati selepas ditipu dalam pelaburan yang didakwa.
Sumber: mStar