Khasiat Madu: Sesudu Setiap Hari, Cegah 3 Jenis Penyakit

Gambar Hiasan
Kandungan antioksidan dalam madu mampu membantu kita membina sistem kekebalan dalan tubuh serta menguatkan tubuh untuk melawan jangkitan.

Seeloknya, satu sudu madu dicampurkan ke dalam ramuan halia panas untuk dijadikan minuman setiap hari untuk membantu mengekalkan kesihatan diri.

Untuk memudahkan anda, kami senaraikan penyakit yang boleh diperangi dengan mengambil satu sutu madu setiap hari.

1- Melawan selsema

bagi mereka yang mudah dijangkiti selsama, ia jelas menunjukkan sistem kekebalan diri anda adalah lemah. Jadi pengambilan madu pada setiap hari akan membantu anda berlawan dengan virus yang menyerang tubuh anda.

2- Ubat sakit tekak

Madu akan membantu melegakan kesakitan tekak anda kerana zat antioksidan dan sifat antimikrob dalam madu akan membantu memberikan kesan untuk meredakan batuk dan mencegah jangkitan saluran pernafasan.

3- Mencegah jangkitan perut


Pada musim perayaan ini, tentu pelbagai juadah akan dinikmati dan keracunan makanan merupakan risiko yang tinggi untuk dialami. Madu juga kaya dengan probiotik dan ia akan membantu dalam mencegah masalah keracunan makanan dengan efektif. -Kedahnews.com