Kini Di Makkah, Zizan Razak Doa Dipermudahkan Jodoh

Zizan Razak
PELAWAK dan pelakon Zizan Razak sebelum ini pernah mengatakan bahawa dia mempunyai niat untuk mendirikan rumah tangga.

Justeru semasa berada di Makkah bagi mengerjakan umrah sekarang, Zizan mengakui dia meminta doa agar jodohnya dipermudahkan.

“Tujuan mengerjakan umrah untuk mencari keberkatan Allah dan saya mahu menyucikan diri. Tetapi pada masa sama, saya tidak lepaskan peluang untuk berdoa bagi perkara yang belum dimiliki.

“Doa saya termasuk juga berkaitan jodoh,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Zizan juga meluahkan rasa gembiranya dapat menyambut Aidilfitri di tanah suci dan kali pertama menjejakkan kaki di sana merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Ibu bersetuju dengan keputusan saya untuk beraya di sini dan tiada masalah bagi saya untuk menyambut 1 Syawal berjauhan darinya.

“Saya boleh menelefon ibu setiap hari guna pelbagai medium. Jadi saya tidaklah berasa sedih sangat,” tambah Zizan. – Kedahnews.com