Lakukan Seks Dengan Pelajar, Guru Di AS Salahkan Sekolah

Mary Beth Haglin
SEORANG guru wanita dari Washington, Amerika Syarikat menyalahkan sekolah tempatnya mengajar yang menjadi punca sehingga dia terjebak melakukan seks dengan seorang pelajarnya yang berusia 17 tahun.

Mary Beth Haglin, 24, ditahan selepas dia dilaporkan melakukan serangan seksual terhadap pelajarnya menerusi kesalahan seks dengan pelaku bawah umur.

Menurut Mary, institusi pendidikan itu bertangungjawab sepenuhnya kerana mereka hanya mendiamkan diri walaupun sudah lama mengetahui mengenai perhubungan cintanya dengan pelajar tersebut.

“Saya takkan melarikan diri dalam hal ini dan akan menghadapi pertuduhan tersebut.

“Situasi sekolah (yang membiarkan hubungan mereka berkembang) kerana malu dengan nama sekolah akan tercemar menyebabkan hubungan kami berterusan. Mereka sudah tahu sejak Februari lalu,” katanya mengulas mengenai dakwaan tersebut.

Dia ditahan selepas pihak atasan melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa baru-baru ini.

Jika disabit bersalah, Mary boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama dua tahun. –Kedahnews.com