LANGKAWI – Polis Langkawi berjaya merampas 181 kilogram daun ketum yang cuba diseludup ke pulau itu dalam satu serbuan di Tanjung Lembung di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata, pasukan unit narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menahan sebuah kereta dan hasil pemeriksaan menjumpai 21 beg plastik putih dan tiga beg plastik hitam yang mengandungi semua daun ketum itu.
“Polis turut menahan seorang pemandu dan dua penumpang yang berumur antara44 dan 50 tahun kira-kira pada pukul 5.30 petang,” katanya pada sidang media di IPD Langkawi di sini, semalam.
Katanya hasil ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada mereka adalah positif ganja.
“Nilai rampasan daun ketum itu sebanyak RM7,242 dan dipercayai daun ketum itu adalah untuk edaran di sekitar langkawi terutama di kawasan Ayer Hangat”, katanya.
Katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1992 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 dan penjara empat tahun ataupun kedua-duanya sekali. – BERNAMA