Telaga tiub di Padang Kerasak yang dibina Jabatan Mineral dan Geosains atas inisiatif Ahli Parlimen Padang Terap merangkap Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid. |
KUALA NERANG - Kemuncak ketiadaan bekalan air pada musim perayaan baru-baru ini terutamanya di Padang Terap merupakan mimpi ngeri kepada penduduk terutamanya anak perantau yang pulang berhari raya.
Dilema ini telah membuka mata pemimpin untuk mencari alternatif bagi menyelesaikan masalah itu terutamanya ketika waktu puncak.
Terbaharu, dua telaga tiub telah dibina di Padang Terap iaitu di Padang Kerasak dan Kampung Sena.
Difahamkan telaga itu dibina bagi menyelesaikan masalah air kepada penduduk dan kawasan pertanian.
Bekas Ketua Unit Peladang Charok Kejai, Mat Noh berkata, percubaan pembinaan telaga tiub oleh Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Syarikat Deep Rocks membawa rahmat kepada petani kerana melalui teknologi itu, masalah air dapat diatasi.
Menurutnya, ia terbukti semasa berlakunya El Nino, bekalan air menerusi telaga tiub itu langsung tidak terjejas.
"Difahamkan telaga tiub yang berharga RM60,000 itu mampu menampung bekalan air ke sawah seluas 30 hektar padi di kawasan itu.
"Ia mampu mengeluarkan air dari 2,000 hingga 4,000 gelen dalam masa sejam. Air yang di pam dari dalam tanah sedalam 25 meter itu adalah jernih dan bukan sahaja sesuai untuk pertanian tetapi juga untuk air minuman,” katanya.
Katanya, telaga tiub yang pertama di Kedah itu mampu memberi manfaat kepada petani dan penduduk.
"Oleh itu, kerajaan negeri perlu memberi perhatian mengenai kaedah terbaik membekalkan sumber air supaya masalah air tidak akan berulang terutamanya di musim perayaan," katanya.
Bermanfaat tatkala musim kemarau, banjir
Pendapat itu turut disokong oleh mudir Sekolah Menengah Agama As Siddiqiah, Padang Kerasak, Mohd Sidek Junus yang meminta kerajaan negeri membina lebih banyak lagi telaga tiub di Padang Terap bagi menyelesaikan masalah air.
Menurutnya, sejak telaga tiub dibina di kawasan sekolah itu, masalah air tidak lagi dihadapi oleh pelajar dan penduduk kampung sekitar.
"Telaga ini disumbangkan Ahli Parlimen Padang Terap dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMS) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
"Ia menghasilkan sebanyak 11,000 gelen dalam sejam untuk digunakan sebagai air minuman dan kegunaan harian,” katanya.
Mohd Sidek berkata, sudah sampai masanya kerajaan negeri memperuntukkan belanjawan bagi membina telaga tiub di Padang Terap yang sering berdepan masalah bekalan air.
"Ia sangat bermanfaat pada musim kemarau dan juga banjir yang sering melanda di daerah itu.
"Saya difahamkan di pantai timur telaga tiub ini juga turut dibina bagi mengatasi masalah bekalan terputus semasa banjir," katanya.
Katanya, kerajaan boleh mengambil langkah itu dalam usaha menyelesaikan masalah air terutamanya menjelang musim perayaan.
Sumber: Sinar Harian