Legoland Malaysia Tersenarai Top 20 Theme Park Terbaik Asia

Legoland Malaysia
LEGOLAND Malaysia dinobatkan sebagai antara ‘Top 20 Taman Hiburan Terbaik di Asia’ oleh laman pelancongan popular antarabangsa, TripAdvisor.

Menurut satu kenyataan TripAdvisor, Legoland yang terletak di Johor Bahru, Johor menduduki tangga ke-12.

Sementara itu, gelaran taman hiburan terbaik di Asia dimiliki oleh Universal Studios Singapore (USS).

Dengan kemenangan itu, USS menewaskan pesaing-pesaing popular dari rantau lain seperti Hong Kong Disneyland (tempat kedua), Universal Studios Japan (kelima), dan Tokyo Disneyland (keenam).

“Kami berbesar hati Universal Studios Singapore dinobatkan taman hiburan terbaik Asia untuk tahun ketiga berturut-turut,” kata Jason Horkin, Naib Presiden Kanan Daya Tarikan di Resorts World Sentosa.

Manakala, Islands of Adventure di Orlando, Florida, Amerika Starikat oleh Universal Studios dinobatkan gelaran sebagai taman hiburan terbaik di dunia buat tahun kedua berturut-turut.

Sementara itu, Sunway Lagoon Theme Park di Malaysia pula berjaya mendapat tempat kelima taman hiburan terbaik di Asia.

Pun begitu, Waterbom Bali di Indonesia, Black Mountain Water Park di Thailand dan Caribbean Bay di Korea Selatan masing-masing menduduki tiga tempat teratas untuk kategori taman air terbaik.

Pemenang dilaporkan dinilai berdasarkan jumlah mutu ulasan dan rating yang diberikan pelancong yang pernah melawat taman hiburan dan taman air di seluruh dunia menerusi laman TripAdvisor, sepanjang tempoh 12 bulan.

Berikut adalah senarai 20 taman hiburan terbaik di Asia:
  1.     Universal Studios Singapore
  2.     Hong Kong Disneyland
  3.     Ocean Park (Hong Kong)
  4.     Tokyo DisneySea (Jepun)
  5.     Universal Studios Japan
  6.     Tokyo Disneyland (Jepun)
  7.     Vinpearl Amusement Park (Vietnam)
  8.     Wonderla Amusement Park (Bangalore, India)
  9.     Ramoji Film City (Hyderabad, India)
  10.     Imagica (Mumbai, India)
  11.     Everland (Korea Selatan)
  12.     Legoland Malaysia
  13.     Harbin Ice and Snow World
  14.     Fuji-Q Highland (Japan)
  15.     Wonderla Amusement Park (Kochi, India)
  16.     Rusutsu Resort (Jepun)
  17.     Seoul Children’s Grand Park (Korea Selatan)
  18.     Hangzhou Songcheng (China)
  19.     EsselWorld (Mumbai, India)
  20.     Lotte World (Korea Selatan)