Leka Mengukir Bayi Dari Tanah Liat...


Camille Allen, 34, yang berasal dari British Columbia, membuat ukiran bayi kecil dengan tangan selepas mempelajari kemahiran unik itu daripada nenek suaminya.

Ukiran patung bayi yang dihasilkan Camille sebelum ini sebesar bayi sebenar.


Selepas semakin mahir dengan ukiran itu, Camille memutuskan membuat sesuatu yang lebih mencabar.

Kerana sering tidak mempunyai tanah liat yang mencukupi untuk membuat model lebih besar, dia mula mencipta versi kecil.


Kini Camille sering menerima tempahan.

Dia mengaku menjadi begitu rapat dengan setiap patung diukirnya sehingga membuatkan dia sering merasa berat untuk berpisah setiap kali proses itu berakhir.


“Apabila memegang patung itu buat pertama kali, saya terus jatuh cinta. Sejak itu saya mula mengukirnya.

“Saya suka mencipta sesuatu yang tidak wujud sebelum ini. Bahagian yang paling saya suka adalah mengukir wajah bayi pada permukaan tanah liat yang kosong.

Camille Allen
“Wajah itu kemudian terbentuk seolah-olah mempunyai personaliti tersendiri,” katanya. -Agensi