Lelaki Bunuh 4 Sekeluarga Di Batu Maung Ditembak Mati


GEORGE TOWN – Selepas kurang 48 jam diburu polis, suspek yang dikehendaki kerana membunuh empat sekeluarga di Batu Maung awal pagi baru-baru ini, ditembak mati kelmarin.

Suspek yang dikenali sebagai Chung Chun Wah, 32, ditembak mati oleh polis dengan bantuan polis Bukit Aman berhampiran Pasar Air Itam, tempat dia pernah berada untuk menjual ayam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Razaruddin Hussain berkata, suspek dilihat orang ramai di kawasan pasar Air Itam yang memaklumkan kepada polis kira-kira 7 malam.

“Selepas menerima maklumat daripada orang ramai, polis menghampiri suspek yang berada dalam kereta Wira Aeroback. Dia kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis dan polis kemudian membalas tembakan.

“Dia terbunuh dalam tembak-menembak itu tetapi jika dia tidak menembak ke arah polis, kita akan memberkasnya,” kata Razaruddin pada sidang kedia di tempat kejadian.

Razaruddin berkata kes pembunuhan keluarga itu dianggap telah selesai.

Polis percaya senjata yang digunakan oleh Chun Wah ialah senjata semi automatik 9mm sama yang digunakan untuk membunuh keempat-empat mangsa.

Semalam, seorang wanita berusia 55 tahun Tan Saw Sim, anak lelakinya Chung Wah Thong, 28, dan cucu Chung Ay Dey atau Ah Bee, 2 tahun, dan operator kilang Toh Hock Choon, 50, mati dalam kejadian itu yang berlaku di kilang pemprosesan ayam pada 2.55 pagi.

Chun Wah iaitu anak kepada Saw Sim, saudara lelaki Wah Tong dan bapa saudara kepada Ah Bee dipercayai sebagai suspek tunggal kes pembunuhan itu berdasarkan rakaman CCTV.

Polis percaya motif pembunuhan adalah wang kerana Saw Sim menimbulkan kekecohan dengan Chun Wah sebelum membunuh kesemua mereka.

Polis juga percaya bahawa dia berada di bawah pengaruh dadah apabila menembak mati kesemua mereka tanpa belas kasihan.

Ketua Polis Negara (KPN) dalam tweeternya pada 8.35 malam mengucapkan tahniah kepada pasukan polis atas kejayaan menumpaskan suspek selepas berlaku tembak-menembak antara dia dan polis.

Kira-kira 8.15 malam, doktor forensik Datuk Bupinder Singh menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan seorang saudara perempuan Chun Wah datang ke tempat kejadian untuk mengenal pasti mayatnya.

Pasukan forensik masih menyiasat berapa das tembakan dilepaskan di tempat kejadian. – BERNAMA