Lelaki Ini Dikatakan Mirip Tun Dr Mahathir?


SEJAK dari dahulu, kita selalu dengar bahawa setiap manusia mempunyai tujuh wajah serupa di muka bumi ini.

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada ia mitos atau fakta, namun ternyata ada beberapa individu yang wajahnya mirip dengan individu lain meskipun tiada sebarang pertalian darah.

Salah satunya adalah mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Tun M dikatakan mempunyai wajah mirip dengan seorang lelaki bernama Pinarayi Vijayan dari India.

Riak wajahnya yang serius dan cara senyumnya dikatakan saling tidak tumpah dengan Tun M.

Apa yang mengejutkan, Pinarayi juga bukan calang-calang orang kerana beliau ialah Ketua Menteri di Wilayah Kerala, India dan kebetulan keturunan Mahathir juga berasal dari situ.

Pinarayi merupakan seorang ahli politik tempatan bagi Parti Politburo of the Communist (Marxist).

Pun begitu mereka jauh beza dari segi usianya kerana Pinarayi lahir pada tahun 1944, manakala Mahathir pula lahir sekitar 1925. - Kedahnews.com