Lelaki Mesti Terus Terang, Jangan Tipu Isteri - Datuk Red

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu
Susulan dari penyebaran video menunjukkan suami Adira, Datuk Red sedang merangkul mesra pinggang pelakon Ruhainies di sebuah pusat beli belah, pelbagai kutukan diberikan kepadanya.

Walau bagaimanapun, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu 38, tidak pernah melarikan diri dari pihak media malah tampil berkongsi  ‘rahsia’ untuk menjaga hati kesemua isteri-isterinya tanpa sebarang masalah walaupun pelbagai pihak memberikan kutukan.

Menurut Datuk Red, para lelaki mesti berterus terang dalam segala perkara dan tidak boleh menipu pasangannya.

“Isteri-isteri kita memang pantang kalau kita berahsia dan menipu. Apa yang utama dalam hubungan suami isteri ialah, kita perlu berterus terang dalam segala perkara,” katanya, memetik Utusan.

Datuk Red juga mengakui bahawa dia bersedia untuk berkahwin satu lagi selepas ini dan mungkin inilah sikap yang diamalkan olehnya sehingga berkelakuan seperti isteri-isterinya langsung tidak terguris hati.

Sebelum ini, Datuk  Red pernah berkahwin semasa berusia 20 tahun tetapi perkahwinan itu telah berakhir dengan perceraian.

Kini Datuk Red mempunyai dua isteri iaitu Datin Red dan Adira.

Selepas "kantoi" dalam insiden bersama Ruhainies, Datuk Red telah menetapkan syarat bahawa bakal isteri ketiganya perlulah seorang yang muslimah. –Kedahnews.com