THERESA May |
THERESA May, 59, akan menjadi Perdana Menteri baharu Britain pada 13 Julai ini, kata Perdana Menteri David Cameron, semalam.
Pengumuman itu dibuat selepas pesaing May, Andrea Leadsom menarik diri dan tidak mahu bertanding untuk merebut jawatan sebagai pemimpin Britain.
May akan menjadi wanita kedua memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Britain selepas Margaret Thatcher menyandang jawatan itu pada tahun 1979.
“Kita akan mempunyai perdana menteri baru di bangunan di belakang saya ini menjelang malam Rabu,” kata Cameron di Downing Street.
Menurut Cameron, dia akan mempengerusikan mesyuarat kabinetnya yang terakhir pada hari ini dan akan menjawab segala persoalan yang timbul dalam satu sesi soal jawab selama 30 minit, esok.
Selepas selesai sesi soal jawabnya esok, Cameron akan berangkat ke Istana Buckingham untuk melepaskan jawatannya secara rasmi. –Kedahnews.com