Tunku Maheran Tunku Kudin, 28, menunjukkan cawan-cawan yang digunakan semasa raya tidak berbasuh. |
ALOR SETAR - Sengsara berhari raya tanpa air. Mungkin ini ungkapan paling tepat menggambarkan situasi penduduk beberapa daerah di Kedah yang dibelenggu masalah bekalan air.
Di laman sosial seperti Facebook terutamanya, dipenuhi dengan luahan rasa tidak puas hati penduduk terhadap perkhidmatan bekalan air yang dimiliki Syarikat Air Darul Aman (Sada).
Wartawan Sinar Harian mengambil peluang bertemu penduduk di Kampung Paya Mat Inson, Pendang dan ternyata rata-rata mereka kecewa dengan perkhidmatan bekalan air yang diterima.
“Musim raya anak cucu balik ziarah atuk nenek di kampung. Bila balik, nak mandi pun tak boleh sebab air tak ada, kesian depa,” kata Che Som Omar, 60, di kediamannya, semalam.
Bagi Che Som, situasi itu sudah menjadi asam garam hidupnya sejak Sada mengambil alih perkhidmatan bekalan air beberapa tahun lalu.
“Dah biasa air sekejap ada sekejap tak ada. Tapi bila hari raya macam sekarang, sangat membebankan, pinggan mangkuk pun terpaksa dilonggok sebab tak berbasuh.
“Pakaian kami pun terpaksa dihantar ke dobi layan diri, banyak belanja terpaksa dikeluarkan, dahlah pendapatan rendah,” katanya yang bekerja sebagai penoreh getah.
Che Som berkata, untuk memudahkan keluarganya menyimpan bekalan air, dia telah membeli sebuah tong besar dengan harga RM200 beberapa tahun lalu.
“Tong besar tu kami guna bila Sada datang edarkan air bersih. Kelmarin air ada sekejap, saya tadah untuk kegunaan sekeluarga, tapi tak lama lepas tu, bekalan air terputus balik," katanya.
Menantunya, Fareet Mohd Nazar Mohd Said, 36, pula berkata, sejak balik ke kampung mertuanya, anak kecilnya terpaksa mandi menggunakan air mineral.
“Yang dewasa kadang-kadang terpaksa pergi ke rumah kakak ipar di Sungai Lalang semata-mata untuk mandi.
“Kesian tengok mak mertua saya, dahlah cuma dua hari dalam seminggu dapat bekalan air, tapi bil air tetap mencecah puluhan ringgit sebulan,” katanya.
Hatiah Awang, 63, pula berkata, dia hanya tinggal bersama suaminya di rumah, jadi bila tidak ada air, terpaksa mengangkut air dari telaga untuk minum dan mandi.
“Penat dan letih, kami pun bukan ada kudrat macam orang muda,” katanya.
Menurut rata-rata penduduk kampung itu, walaupun mereka mempunyai telaga, namun air telaga hanya boleh didapati apabila hujan, malah jabatan kesihatan pernah melarang mereka menggunakan air terbabit kerana khuatir dengan kebersihannya.
Sementara itu, tinjauan di laman sosial pula menunjukkan status dimuat naik oleh Yang Dipertua Pas Kawasan Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria yang menyenaraikan hampir 25 kampung yang terputus bekalan air di kawasan itu.
Menurutnya, masalah air ini kritikal sejak dua tahun lalu, malah makin membebankan menjelang perayaan.
“Ada penduduk yang sanggup membeli pam telaga tiub dengan harga kira-kira RM2,500 untuk kedalaman 2000 kaki.
“Bagi keluarga yang kurang berkemampuan pula terpaksa bergantung kepada sumber semula jadi seperti air sungai untuk menjalani kehidupan harian,” katanya.
Mohd Nasir berkata, walaupun perkhidmatan air tidak memuaskan, namun penduduk tetap membayar sewa meter.
“Sangat mengecewakan bila air tak ada, tapi penduduk tetap dikenakan bayaran sewa meter air setiap bulan,” katanya
Menurutnya, penduduk di kawasan pekan seperti pekan Kuala Nerang dan Naka pula mendapat bekalan air, tidak seperti di kawasan pedalaman.
“Kami tak tahu sampai bila harus mengharungi masalah ini, dah bertahun-tahun rasanya, masih juga tiada penyelesaian. Padahal kawasan ini berdekatan dengan empangan,” katanya dengan nada kecewa.
Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Badan-Badan Bukan Kerajaan, Datuk Badrol Hisham Hashim ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menambah jumlah lori tangki pada musim perayaan ini.
“Saya tidak pasti berapa lori tangki kesemuanya, kerana ia di bawah pengelolaan pejabat Adun,” katanya.
Manakala pihak Sada pula masih gagal dihubungi setakat kelmarin.
Sumber: Sinar Harian