Nur Amira bersama antara koleksi 50 jenis biskut timbang yang dijual di kedainya dekat Padang Serai mendapat sambutan menggalakkan. |
KULIM - Keenakan biskut timbang masih digemari masyarakat kita dan mendapat permintaan tinggi sehingga hari ini.
Dengan harga antara RM2 hingga RM2.50 bagi setiap gram, penggemar biskut ini akan mengimbau kembali saat zaman kanak-kanak mereka.
Pengusaha Biskut Timbang, Siti Nur Amira Abd Hamid, 22, berkata, terdapat 50 jenis biskut yang dijual di kedainya dan permintaan memang menggalakkan.
“Alhamdulillah baru empat bulan saja perniagaan dijalankan, sambutan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat memang menggalakkan.
“Saya menjual 50 jenis biskut dengan pelbagai rupa dan rasa mengikut cita rasa pelanggan. Biskut ini juga sangat terkenal ketika era 80an sehingga 90an dulu dan sekarang memang sukar untuk dicari ,”katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Menurutnya, idea perniagaan bermula daripada bapanya yang melihat potensi biskut timbang ini yang masih dapat permintaan di Pahang namun di Kedah penjualannya agak sukar ditemui.
“Kalau di Pahang, biskut timbang ini masih menjadi juadah dan snek yang dicari penduduk di sana, tapi di Kedah biskut ini agak sukar ditemui,” katanya.
"Walaupun pelbagai kesukaran dihadapi untuk mendapat bekalan biskut timbang ini namun selepas merantau ke seluruh negara termasuk negara jiran, akhirnya dia menjadi pembekal selepas itu," katanya.
Nur Amira berkata, pada mulanya ayahnya menghadapi kesukaran mencari stok biskut timbang ini tapi akhirnya berjaya mendapat bekalan dan mendapatkannya dengan harga berpatutan dan kemudiannya menjual dengan harga yang murah kepada pelanggan.
Tambahnya lagi, biskut timbang ini juga mampu mengimbau nostalgia kepada sesiapa yang menikmatinya secara tidak langsung.
“Sepanjang saya melayan pelanggan, semuanya teruja dan bercerita mengenai kisah zaman kanak-kanak mereka yang sering menjadikan biskut ini sebagai snek ringan.
“Saya sendiri turut teruja mendengar kisah mereka dan merasakan biskut timbang ini sememangnya ada kelainan,” katanya.
“Yang paling mendapat permintaan adalah biskut gula warna warni dengan harganya RM2.50 segram. Ada juga yang turut membeli setin sekaligus dengan harga RM40 hingga RM55 sahaja ,”katanya.
Malah kata anak sulung dari tiga beradik ini berkata, biskut timbang ini juga menjadi buruan untuk dijadikan beg cenderahati pada majlis perkahwinan dan keramaian.
“Paling ramai beli untuk majlis kahwin dan untuk dijadikan cenderahati yang diletakkan di dalam balang kecil mengikut kreativiti pelanggan.
“Kami juga turut menjual cenderahati biskut timbang dengan harga 80 sen setiap botol kecil dan pelanggan boleh memilih sendiri jenis biskut mengikut cita rasa,” katanya.
Sumber: Sinar Harian