Mayat Remaja Mati Lemas Ditemui Dekat Pantai Cenang

Mayat mangsa ketika dijumpai pagi semalam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
ALOR SETAR - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang petang kelmarin ditemui mati lemas berdekatan Pantai Cenang, Langkawi, pagi kelmarin.

Mayat Muhammad Luqman Mohd Izshahan, 17, seorang pekerja pantai, ditemui terdampar di atas batu, di kawasan Tanjung Mali, Belakang Restoran The Cliff Pantai Cenang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Langkawi, Mohd. Fadzlullah Mohd. Noor berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada orang awam pada jam 6.35 petang dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi mencari diadakan pada petang kejadian dan mangsa dijumpai pada jam 8.45 pagi tadi (semalam) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan ,”katanya.

Mangsa berasal dari Kangar dipercayai cuba membantu rakannya yang mengalami kerosakan jetski.

Sumber: Sinar Harian