Dani Mathers |
Dia boleh berdepan dengan tuduhan jenayah sekiranya wanita berkenaan membuat laporan polis kerana perbuatan Dani itu jelas mencabul privasi seseorang di dalam gym.
Undang-undang yang ada menghalang penyebaran imej peribadi dan Dani telah melanggarnya dengan berkongsi gambar serta kapsyen yang bersifat menghina.
Selain itu, Dani yang pernah menjadi ‘Playmate Of The Year’ 2015 juga diharamkan daripada menjejak kaki di mana-mana gym di Los Angeles.
“Dani tidak akan dibenarkan masuk ke mana-mana kelab, langsung,” kata seorang jurucakap gym LA Fitness.
Kerjaya Dani sebagai penyampai dalam rancangan radio `The Heidi and Frank Show’ juga terjejas apabila dia telah digantung tugas.
Jumaat lalu, Dani turut dilaporkan menghantar emel kepada Playboy Playmates bagi memohon maaf atas perbuatannya yang memuatnaik gambar berkenaan dalam Snapchat.
Dia berbuat demikian kerana bimbang Playboy akan menarik balik gelarannya.
Dani yang mempunyai 553,000 pengikut dalam Instagram dan lebih satu juta orang dalam Facebook telah mencetuskan kontroversi dengan memuatnaik gambar seorang wanita bogel, selepas sesi latihan di LA Fitness Universal City. -Kedahnews.com