Model Terbunuh Dalam Rusuhan Di Penjara

Joanna Birriel
GUATEMALA CITY – Seorang model terbunuh dalam rusuhan di sebuah penjara di Guatemala, yang menyaksikan 13 orang maut dengan empat daripadanya dipenggal kepala.

Ketika kejadian, Joanna Birriel, 24, melawat bekas anggota tentera, Byron Lima yang juga majikannya di penjara Granja Pavon.

Lima ditahan di penjara itu kerana membunuh seorang paderi dengan memukulnya menggunakan batu konkrit pada 1998. Lima turut terkorban dalam rusuhan berkenaan.

Joanna telah berpindah ke Guatemala bersama dengan teman lelakinya dari Argentina namun tidak lama kemudian mereka berpisah.

Joanna sebelum ini dikatakan sebagai teman wanita Lima namun ternyata dakwaan itu tidak benar.

Sebaliknya Joanna hanya bekerja sebagai penasihat di syarikat bio kesihatan milik Lima. Teman lelaki baru Joanna juga berkhidmat di syarikat berkenaan.

Menurut polis, rusuhan itu bermula apabila seorang banduan telah melemparkan bom tangan kearah Lima sebelum ahli kumpulan Lima menyerang balas.

Keganasan itu berpunca akibat pergaduhan antara kumpulan Lima dengan satu lagi kumpulan gangster dalam penjara itu diketuai oleh pengedar dadah Marvin Montiel Marin.

Marin telah dipenjara selama 820 tahun selepas telibat dalam pembunuhan 16 orang yang menaiki sebuah bas yang dikatakan membawa kokain pada 2008. -Kedahnews.com