PENYANYI dan pelakon Ezad Lazim yang dilaporkan kerap muntah sejak 22 Jun lalu menafikan dirinya terkena buatan orang seperti yang didakwa sebelum ini.
Sebaliknya, Ezad, 37, menganggap apa yang berlaku pada dirinya adalah kesan sampingan akibat terlalu kuat bekerja dan tidak mendapat rehat yang cukup.
Ezad yang juga bekas vokalis Exist turut memilih berfikiran positif dengan apa yang terjadi padanya.
“Yang penting sekarang saya sudah mula beransur pulih. Saya juga sudah boleh makan dan tidak mengalami muntah-muntah lagi.
“Doktor pakar di Pusat Perubatan Kedah membuat pemeriksaan endoskopi dan mengesahkan saya mengalami simptom GERD.
“Puncanya mungkin saya tidak serasi dengan ubat ini,” katanya.
GERD merujuk kepada Gastroesophageal Reflux Disease.
Dalam pada itu, Ezad memaklumkan dia kini terpaksa mengelakkan makanan pedas dan tidak dibenarkan berpuasa.
Terdahulu, isteri Ezad iaitu Nor Azeana Ramli mendedahkan seorang ustaz memaklumkan kepada mereka, ada orang yang dikenali cuba menggunakan ilmu hitam terhadap mereka berdua. –Kedahnews.com