Neelofa Teruja Beraya Di Rumah Baru Di Bukit Kiara

Noor Neelofa Mohd Noor
SETELAH berusaha menjadikan dirinya seorang usahawan dan selebriti tanah air yang dikenali, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 27, kini mampu tersenyum gembira.

Ini kerana beliau bakal meraikan Aidilfitri di rumah baru yang dibeli bersama kakaknya, Noor Nabila yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

“Saya dan kakak berkongsi duit untuk membeli rumah ini. Rumah ini agak besar untuk tinggal seorang diri dan kami sempat mengemas rumah bersama.

“Kami rasa tak sabar untuk tinggal du rumah yang di beli sendiri. Lofa dan kakak memang dari dahulu tinggal bersama cuma tak tahu siapa akan keluar dahulu bila sudah berkahwin nanti,” katanya, memetik Rotikaya.

Lofa turut menakui dia akan mengambil kesempatan untuk pergi bercuti di musim perayaan ini selepas pulang beraya dari Kelantan. Dan dia memilih pulau peranginan Koh Samui di Thailand untuk bercuti pada kali ini.

“Insya Allah, saya akan berada di Kelantan sehingga raya keenam dan akan ke Koh Samui bersama rakan-rakan selama sembilan hari.

“Sebenarnya, saya sepatutnya bercuti dengan keluarga ke  destinasi lain, tetapi mereka sudah mempunyai perancangan lain, maka kami tundakan perancangan itu ke bulan Ogos depan.

“Jadi kali ini saya ambil kesempatan untuk pergi bercuti dahulu kerana penat bekerja dari bulan Februari lalu,” tambahnya. –Kedahnews.com