JUBA – Pada 9 Julai ini merupakan hari ulang tahun kemerdekaan yang kelima bagi Sudan Selatan. Namun, negara termuda di dunia dan terletak di benua Afrika itu sudah menyatakan tidak akan merayakan hari bersejarah itu.
Mengapa? Alasannya cukup pelik namun agak menyayat hati, iaitu pihak pemerintah negara berpenduduk 12 juta orang itu tidak memiliki cukup wang untuk menganjurkan sebuah pesta perayaan hari kemerdekaannya sendiri.
“Kami memutuskan untuk tidak merayakan hari kemerdekaan 9 Julai kerana tidak ingin menghabiskan banyak wang. Kami harus menyalurkan uang untuk keperluan lain,” kata Menteri Penerangan, Michael Makuei Lueth.
Bercakap kepada stesen antarabangsa Al Jazeera, beliau berkata, lima tahun lalu Sudan Selatan yang majoriti penduduknya beragama Kristian berjaya mendeklarasikan kemerdekaan secara rasmi daripada induknya, Sudan.
Ia diperoleh setelah mereka terpaksa berperang selama beberapa dekad melawan etnik Arab yang banyak menghuni bahagian utara negara itu sekali gus merdeka daripada Sudan yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Dalam referendum diadakan pada 2011, sebanyak 99 peratus penduduk memilih untuk merdeka daripada Sudan dan sebahagian besar negara di dunia khasnya Barat kemudian mengiktiraf Sudan Selatan sebagai negara berdaulat.
Sayangnya, akibat keadaan kewangan negara yang buruk, maka rakyat Sudah Selatan dijangka langsung tidak dapat merayakan pesta hari kemerdekaan negara mereka sendiri waima pada acara rasmi yang berskala kecil.
Lueth menyatakan, kos minimum untuk menganjurkan satu perayaan hari kemerdekaan secara ringkas untuk negara tersebut dianggarkan boleh mencecah 450,000 pound sterling Sudan Selatan atau hampir RM300,000.
“Jika kami boleh mendapatkan wang sebanyak itu sekali pun, maka kami lebih sanggup memilih menggunakannya untuk mengatasi masalah ekonomi yang kritikal seperti pembayaran gaji bulanan kakitangan awam,” ujar Lueth.
Perayaan hari kemerdekaan pada tahun lalu diwarnai pelbagai upacara kenegaraan serta program perarakan yang turut diisi dengan acara tari-menari selain pertunjukan muzik etnik tempatan Dinka, Nuer, Bari dan Azande.
Banyak kalangan menyatakan, memang seharusnya perayaan tidak perlu diadakan. Waima kaya sumber alam khasnya minyak, namun perang beberapa dekad membuatkan Sudan Selatan kekurangan industri dan prasarana.
Di negara seluas hampir 620,000 kilometer persegi ini dilaporkan hanya terdapat sekitar 500 kilometer jalan bertar di seluruh Sudan Selatan. Situasi bertambah buruk ketika harga minyak mentah dunia merudum lebih setahun lalu.
Bank Dunia mendedahkan bahawa Sudan Selatan sebagai negara yang paling banyak bergantung kepada minyak di seluruh dunia kerana 90 peratus pendapatan negara tersebut berasal daripada galian ’emas’ hitam itu sahaja.
Sebelum ini, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) memperingatkan bahawa akibat kejatuhan harga minyak, simpanan kerajaan Sudan Selatan akan hanya tinggal seperempat dan inflasi akan meningkat hingga 300 peratus.
Menurut harian berpengaruh, Sudan Tribune, bank pusat negara tersebut pernah menyatakan, negara muda itu hanya memiliki sumber simpanan kewangan kecemasan yang hanya mampu untuk bertahan selama satu bulan.
Setelah perang selama bertahun-tahun yang mengakibatkan ribuan maut dan dua juta orang lainnya kehilangan tempat tinggal, pemerintah Sudan Selatan akhirnya mencari pelan perdamaian dengan pemberontak tahun lalu.
Pada Aprli lalu, pemimpin pemberontak Riek Machar kembali ke ibu kota Juba untuk bekerjasama dengan Presiden Salva Kiir dalam usaha membangunkan kesatuan negara daripada terus berpecah belah sesama sendiri.
Meskipun terlihat tanda stabil, pertempuran masih berlangsung. Pada Selasa lalu, tokoh politik senior Ali Tamim Fartak membentuk kumpulan militan baharu untuk memerangi pihak pemerintah. – Agensi