Nenek 71 Tahun Bertemu Jodoh Anak Muda Usia 17 Tahun


Siapa sangka, seorang nenek berusia 71 tahun begitu bertuah apabila ditakdirkan bertemu jodoh, berkahwin dengan remaja lelaki berusia 17 tahun selepas mereka berdua berkenalan di majlis pengebumian anak lelaki wanita tersebut.

Almeda Erell dari London yang mempunyai empat anak berkata, dia tidak menyangka akan berkahwin dengan Gary Hardwick selepas bertemu di majlis pengebumian anak lelakinya, Robert, 45, yang meninggal dunia akibat sawan.

“Di sebalik pemergian anak lelaki saya, pada hari itu juga saya bertemu jodoh buat kali kedua dengan lelaki yang muda 54 tahun daripada saya.

“Saya tidak pernah terfikir sama sekali apabila Hardwick yang merupakan rakan baik isteri Robert menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan saya,” katanya yang turut mempunyai seorang cucu berusia 21 tahun iaitu tiga tahun lebih tua daripada suaminya sendiri.

Menurut wanita itu, dia terkejut setelah mengetahui hasrat remaja berusia 17 tahun itu yang mempunyai keinginan terhadap seseorang yang sudah berstatus nenek.

“Saya tidak berniat mencari pasangan muda tetapi dilamar oleh Hardwick. Saya katakan kepadanya saya mungkin sudah gila tetapi kami saling menyayangi selepas itu,” ujarnya.

Erell, yang kehilangan suami pertama Erell, Donald, mati pada 2013 akibat kencing manis, telah berkahwin dengan suami barunya itu pada Oktober tahun lepas.


Hardwick, yang kini sudah berusia 18 tahun, masih lagi mempunyai ibu, Tammy yang berusia 48 tahun dan nenek, Carolyn yang sebaya dengan isterinya sekarang.

“Kehidupan sekarang menjadikan saya berasa seperti seorang remaja semula,” tambah Erell lagi. –Kedahnews.com