Jika dilihat dari paras rendah, pengunjung yang melawat Big Apple nama gelaran untuk bandar New York pasti menyedari yang ramai penduduk di bandar besar itu tukang kebun dalam diam.
Ini kerana penghuni di kompleks apartmen di Manhattan rata-rata tidak banyak ruang untuk menanam tumbuh-tumbuhan.
Apabila dilihat dari tempat yang tinggi, banyak bangunan yang kawasan bumbungnya ditukar menjadi taman.
Selain membina rumah pokok dan menanam rumput, kerusi untuk berjemur sambil menikmati pemandangan bandar yang tiada tandingannya juga ada.
Gambar menakjubkan ini diambil jurugambar profesional, Peter Massini dari Connecticut yang terbang ke seluruh Manhattan pada ketinggian 457 meter menaiki helikopter Robinson R44 Raven II.
Sumber: myMetro