PASANGAN pelakon veteran, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar yang dahulunya aktif dalam dunia seni telah mengalami kemerosotan kesihatan hingga kini terpaksa menggunakan kerusi roda.
Zulkifli, 70; dikhabarkan lumpuh tangan dan kaki kiri setelah diserang angin ahmar sejak Januari lalu. Selain itu, bintang ini juga menghidap paru-paru berair dan pernah mendapat serangan jantung pada April lalu.
Manakala isterinya pula, Normala, 58; patah kaki kiri gara-gara terjatuh dari katil bulan lalu.
Pun begitu, pasangan ini bernasib baik kerana mempunyai anak-anak yang sudi bergilir menjaga mereka.
Difahamkan, pasangan itu kini tinggal di rumah anak perempuan mereka, Norzizi Zulkifli.
“Kedua-duanya memerlukan anak di sisi kerana mereka langsung tidak boleh berjalan. Mereka juga masih menjalani rawatan susulan, termasuk fisioterapi.
“Jadi, walaupun bekerja, kami adik-beradik akan tetap menjaga mereka berdua. Kami juga mempunyai jadual giliran memandangkan tahap kesihatan mereka tidak menentu,” kata Norzizi kepada BH Online.
Atas rasa perihatin, baru-baru ini, Presiden KARYAWAN, Datuk Freddie Fernandez telah berkunjung memberikan sumbangan.
Zulkifli popular menerusi filem Penentuan (1982), Kecil-Kecil Cili Api (1996), Anak Mami Kembali (2005) dan Cicakman (2006).
Sementara Normala pula, pernah membintangi Sesejuk Air Mata Ibu (1981), Serampang Tiga (1981), Kelisa (1992), Cinta Fotokopi (2005) dan Potret Mistik (2005). Selain itu, dia juga pernah membawakan lagu Citra Cinta. –Kedahnews.com